Selamat pagi dan Salam sejahtera,
Disini saya ada persoalan, adakah emas untuk dilaburkan atau disimpan?
Seperti kita sedia maklum, emas boleh dibeli/dipakai dan dijual balik. Even budak sekolah menengah pun tahu benda ini.
1. Kalau jawapan anda dilaburkan, bila kita perlu jual balik?
*Pelaburan emas memang boleh dibuat secara online/buku akaun/ emas fizikal.
a.) Pelaburan emas online adalah pelaburan stock market harga emas ini sentiasa update setiap 20mint jadi trader memang akan melakukan jual beli emas online untuk dapat keuntungan dari situ lah. Ia sangat aggresive. (kepada sesiapa yang tidak mahir nasihat saya jgn main yang ini)
b.) Pelaburan emas secara buku akaun bank (Maybank, CIMB & Public Bank ada), simple method beli ketika harga turun, jual bila harga meningkat at least 5% peningkatan harga daripada harga semasa kita beli dulu.
c.) Pelaburan emas fizikal, nak buat guna cara ini pun boleh tapi pastikan anda beli Gold bar/ Dinar emas/ Syiling emas/ emas kijang. Sebab semua emas ini mempunyai ketulenan 99.99%, dan spread value dia adalah 7%~20%. Barang kemas adalah emas fizikal juga tapi ketulenan dia adalah 91.6%, dan spread value adalah 18%~40%. Pelaburan emas fizikal sesuai untuk long term investment sahaja, sebab perubahan harga emas fizikal takes weeks/months/ years baru ada turun naik.
2. Kalau jawapan anda disimpankan, sampai bila kita nak simpan sahaja?
Berdasarkan petikkan Tun Mahathir,
Tun sendiri pun cakap dolar seperti tisu tandas je apatah lagi ringgit Malaysia yang nilainya tengah jatuh merudum sekarang? Jadi meyimpan emas lebih baik daripada menyimpan duit. TETAPI jangan salah faham! Menyimpan emas dengan duit yang kita lebih cth: bonus kita/ hasil kumpul daripada duit raya, dll. Menyimpan duit pula untuk kegunaan emergency, ini penting juga kalau emergency sebab kita tak ada masa nak gadai2 emas dah waktu itu. Jadi simpan emas ini untuk rolling duit bisness/ beli tanah/ beli rumah, semasa berperang or negara darurat emas kekalkan nilai dia..bukan duit kertas.
No comments:
Post a Comment