Salam sejahtera, baru-baru ini saya banyak baca blog orang tentang ASB loan ini dan masing-masing mempunyai idealogi sendiri. Saya tidak nafikan memang idea mereka tu semuanya menjurus kepada keuntungan. Kali ini saya ingin share idea saya sendiri sebagai seorang pelajar.
Bagaimana saya nak jana 150k dalam masa 15 Tahun dengan menggunakan loan yang paling minima?
1. 4 tahun lepas saya sudah pun buat ASB loan di CIMB sebanyak 10k untuk 20 tahun. Ansuran setiap bulan Rm67/bulan untuk 20 tahun. Awal 2015 CIMB tawar tempoh pinjaman dilanjutkan kepada peminjam selama 30 tahun tempoh pinjaman. Tapi saya tidak tambah loan pun, sebab ikut kemampuan saya memang bayar Rm67/bulan je.
2. Sekarang dalam akaun ASB pun dah ada 15k++, jadi saya cadang nak tambah buat loan 50k untuk 30 tahun di CIMB pula. Saya pilih CIMB sebab mereka bagi rate interest yang paling rendah daripada bank-bank lain. Hanya 5.2% anually daripada loan 10k~200k.
3. Loan 50k untuk 30 tahun ansuran setiap bulan dalam anggaran Rm278/bulan, setahun Rm3,336.00.
Purata dividen selama 10 tahun lepas adalah 7.45% (div 2015, 7.25%), jadi kalau saya buat loan 50k x 7.45% saya akan dapat Rm3725. Dividen tolak dengan jumlah bayaran setahun 3725-3336= Rm389 ini untung bersih saya setahun, slow tapi selamat. Tetapi saya tidak ada income nak bayar Rm278/bulan, jadi saya guna duit dalam ASB tu untuk bayar bank siap untung lebih lagi.
Kalau anda kata rugi Rm3336 tu katakan lah. Rm3336x 7.45%= Rm248.53 << dividen daripada Rm3336 untuk setahun, tapi saya guna Rm3336 ini untuk bayar loan 50k tadi saya dapat dividen untung bersih Rm389, cuba tolak 389-248.53= Rm140.47 beza tak???
4. Berbalik kepada idea asal. Seperti yang saya dah beri tahu saya ada loan 10k dan saving 15k++ kalau saya loan 50k pula total dalam ASB saya ada Rm75k++, tapi saya guna 5k ini untuk back up loan 50k tu, Jadi saya buat anggaran dalam ASB ada 70k sahaja. 15 tahun dapat 150k++ lepas tu bebas hutang.
Januari tahun ke-16 dah boleh jual sijil 50k tu dah, so tak perlu dah bayar setiap bulan, minda dah bebas hutang tapi kena disiplinkan diri untuk 15 tahun tu lah. Matlamat untuk dapat (205,681-50,000)155k++ dalam akaun ASB lepas tu setiap tahun ambik dividen je 10k/year. boleh pergi melancong merata dah. Kalau nak tunggu sampai penuh 200k pun boleh. Tunggu 4 tahun lagi baru jual sijil tu.
No comments:
Post a Comment