Sunday, 19 April 2015

Biodata 2015




Biodata 2015


7530848 PRK PAUL VOSKO ANAK RANGED
Pegawai Rendah Kanan Paul Vosko Anak Ranged dilahirkan pada tanggal 28 Ogos 1989 di Kampung Sentah Batu 17, Jalan Kuching Serian, 94200, Kuching Sarawak dan merupakan anak ke-empat daripada 7 orang adik-beradik.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bintawa dari tahun 1996 hingga 2001 dan meneruskan pendidikan ke peringkat Sekolah Menengah di Chung Hua Middle School No.1 dari tingkatan 1 hingga 3 iaitu dari tahun 2002 hingga 2005, kemudian berpindah ke Sekolah Menangah Petra Jaya dari tingkatan 4 hingga 5 bersamaan dari tahun 2006 hingga 2007. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Politeknik Port Dickson mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan dan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Reka Bentuk Berkomputer dengan Kepujian.

Semasa di Sekolah, beliau menyertai Unit Beruniform Polis Trafik dan memegang jawatan sebagai ahli aktif dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Semasa di tingkatan 4,2007 beliau juga aktif dalam sukan Teakwondo dan menjadi satu-satunya peserta yang mewakili sekolah dalam pertandingan Teakwondo kategori bawah 18 tahun dan mendapat tempat ke-tiga. Semasa di Politeknik pula, beliau telah menyertai Kelab Karate-Do pada pertengahan 2008 kemudian menjadi diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Pengerusi Kelab Karate-Do pada 2009. Disamping itu, belaiau juga aktif bersukan Bola Keranjang dan pernah mewakili pasukan Politeknik Port Dickson dalam pertandingan di antara Politeknik Merlimau dan menjadi johan pada ketika itu. Pada tahun pertengahan 2010 beliau dipilih sebagai Exco Borneo dalam organisasi Jabatan Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson sehingga tamat pengajian.         
                                                                                                                     
Minat beliau dalam ketenteraan telah menimbulkan keputusan untuk menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (PALAPES UPSI). Di PALAPES UPSI, beliau memegang jawatan sebagai Staf Sarjan kadet semasa Peringkat Intermediate dan seterusnya diberi kepercayaan untuk memegang Jawatan Pegawai Rendah Kanan (PRK) PALAPES UPSI. Manakala di  Kolej Aminnuddin Baki pula, beliau diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Exco Blok Echo dalam organisasi Majlis Mahasiswa Kolej Aminnuddin Baki sesi 2014/2015.

Di samping memberi tumpuan dalam bidang akademik, beliau turut aktif dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Universiti. Pelbagai Program dan aktiviti yang disertai oleh beliau antaranya beliau telah menjadi Pengarah Program Pandu Arah Bersama Kadet PALAPES UPSI dengan Pelajar Awam buat pertama kalinya sejak PALAPES UPSI ditubuhkan, program ini disertai hampir 350 orang pelajar awam dan pegawai kadet dengan mengadakan program ini pelajar lain dapat merapatkan hubungan silaturahim dengan pegawai kadet dan belajar tentang penggunaan peta dan kompas. Beliau banyak menjalankan aktiviti di kolej dan juga universiti seperti yang dilampirkan dalam Transkrip Aktiviti Ko-Kurikulum pelajar.


 Sikap kepimpinan yang tinggi, keterlibatannya dan keperihatinan yang proaktif serta bersikap positif dalam pelbagai aktiviti sosial dan kebajikan telah membuatnya dipilih sebagai Kadet Terbaik ketika Peringkat Junior dan seterusnya memegang jawatan Staf Sarjan ketika Peringkat Inter kemudian dilantik sebagai Pegawai Rendah Kanan pada sesi 2014/2015. Setelah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda, beliau bercita-cita untuk meneruskan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia dengan menjadi Pegawai Sukarela di Siri 500 wataniah dan akan berusaha mencari peluang untuk melangkah ke peringkat yang lebih jauh.    


Share/Bookmark

No comments: