Biodata 2015
7530848 PRK PAUL VOSKO ANAK RANGED
Pegawai Rendah Kanan Paul Vosko Anak
Ranged dilahirkan pada tanggal 28 Ogos 1989 di Kampung Sentah Batu 17, Jalan Kuching Serian, 94200,
Kuching Sarawak dan merupakan anak ke-empat daripada 7 orang
adik-beradik.
Beliau mendapat pendidikan awal di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bintawa dari tahun 1996 hingga 2001 dan
meneruskan pendidikan ke peringkat Sekolah Menengah di Chung Hua Middle School
No.1 dari tingkatan 1 hingga 3 iaitu dari tahun 2002 hingga 2005, kemudian
berpindah ke Sekolah Menangah Petra Jaya dari tingkatan 4 hingga 5 bersamaan
dari tahun 2006 hingga 2007. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat
diploma di Politeknik Port Dickson mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan
Mekanikal Pembuatan dan berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah
Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam jurusan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Reka Bentuk Berkomputer dengan Kepujian.
Semasa di Sekolah, beliau menyertai Unit
Beruniform Polis Trafik dan memegang jawatan sebagai ahli aktif dari tingkatan
4 sehingga tingkatan 5. Semasa di tingkatan 4,2007 beliau juga aktif dalam
sukan Teakwondo dan menjadi satu-satunya peserta yang mewakili sekolah dalam
pertandingan Teakwondo kategori bawah 18 tahun dan mendapat tempat ke-tiga. Semasa
di Politeknik pula, beliau telah menyertai Kelab Karate-Do pada pertengahan
2008 kemudian menjadi diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Pengerusi Kelab
Karate-Do pada 2009. Disamping itu, belaiau juga aktif bersukan Bola Keranjang
dan pernah mewakili pasukan Politeknik Port Dickson dalam pertandingan di
antara Politeknik Merlimau dan menjadi johan pada ketika itu. Pada tahun pertengahan
2010 beliau dipilih sebagai Exco Borneo dalam organisasi Jabatan Perwakilan
Pelajar Politeknik Port Dickson sehingga tamat pengajian.
Minat beliau dalam ketenteraan telah
menimbulkan keputusan untuk menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (PALAPES UPSI). Di PALAPES UPSI, beliau memegang
jawatan sebagai Staf Sarjan kadet semasa Peringkat Intermediate dan seterusnya
diberi kepercayaan untuk memegang Jawatan Pegawai Rendah Kanan (PRK) PALAPES
UPSI. Manakala di Kolej Aminnuddin Baki pula,
beliau diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Exco Blok Echo dalam
organisasi Majlis Mahasiswa Kolej Aminnuddin Baki sesi
2014/2015.
Di samping memberi tumpuan dalam bidang
akademik, beliau turut aktif dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Universiti. Pelbagai
Program dan aktiviti yang disertai oleh beliau antaranya beliau telah menjadi
Pengarah Program Pandu Arah Bersama Kadet PALAPES UPSI dengan Pelajar Awam buat
pertama kalinya sejak PALAPES UPSI ditubuhkan, program ini disertai hampir 350
orang pelajar awam dan pegawai kadet dengan mengadakan program ini pelajar lain
dapat merapatkan hubungan silaturahim dengan pegawai kadet dan belajar tentang
penggunaan peta dan kompas. Beliau banyak menjalankan aktiviti di kolej dan
juga universiti seperti yang dilampirkan dalam Transkrip Aktiviti
Ko-Kurikulum pelajar.