Kisah seorang penghutang PTPTN daripada Diploma sehingga Degree.
Semasa zaman pengajian Diploma dulu saya telah meminjam PTPTN sebanyak Rm15k dan Rm28k di peringkat Degree.
Kemungkinan ramai yang berpendapat saya akan membayar Rm43k selepas tamat pengajian. Tetapi tidak semurah itu.
Diploma saya telah mengambil masa selama 3 tahun untuk tamatkan pengajian. jadi disitu sudah ada 3% interest yang tidak dapat dielak.
- Sebelum masuk ke Degree saya bekerja selama 2 tahun, interest PTPTN bertambah lagi 2%.
- Dapat masuk belajar peringkat Degree saya perlu tamat dalam masa 4 tahun. Disini interest PTPTN Diploma meningkat lagi 4%.
- Interest PTPTN sewaktu Diploma sahaja sudah 9% belum kira kos perkhidmatan PTPTN lagi.
- Tempoh untuk membayar PTPTN Diploma diberi selama 10 tahun a.k.a bertambah 10% lagi. So, 9%+10%=19%
- Kiraan termasuk kos pentadbiran 18,000x10%=RM19,800. Bayar untuk 10 tahun sama dengan Rm19,800/120 bulan= Rm165
Degree saya pula pinjam Rm28k, selama 4 tahun baru habis belajar. 4% PTPTN. Bayar selama 15 tahun, jadi 15%. Jumlah interest adalah 19% juga.
- Kiraan dia adalah termasuk kos pentadbiran Rm32,000x 15%=Rm36,800 bayar selama 15 tahun.
- Bayaran untuk setiap bulan adalah dikira begini. Rm36,800/180 bulan= Rm 204.44~ genapkan jadi Rm 205.
Jumlah PTPTN yang perlu saya bayar adalah Rm 56,600. Bulanan bayar Rm 370 kepada PTPTN.
Kisah saya yang buat ASB loan pada 4 tahun yang lalu, kini sudah cecah Rm 28, 000. (10k masih dalam sistem , manakala 18k adalah hasil simpanan saya selama ini.)
Jika saya tambah buat ASB Loan Rm50k maka jumlah duit yg ada di ASB adalah Rm78k.
Purata dividen ASB adalah 7.45% setahun. Jadi dengan duit 75k itu secara kasar saya akan dapat Rm 5,811 setahun.
Jumlah PTPTN semasa Diploma Rm19,800. Bulanan Rm 165. Setahun Rm1,980.
Jumlah PTPTN semasa Degree Rm 36,800. Bulanan Rm 205. Setahun Rm2,460.
Loan ASB 10k, bulanan Rm67, setahun Rm 804.
Lan ASB 50k, bulanan Rm 277, setahun Rm 3,324.
Jumlah bayaran ASB Rm 4, 128.
Dividen Rm5,811
Jika saya buat bayaran PTPTN selama 3 tahun.
Baki untuk pinjaman semasa Diploma tinggal
Rm13,860.
Jumlah dividen yang terkumpul pula Rm 15,660.
Saya bayar lunsum pinjaman Diploma Rm15,660-Rm13,860=Rm 1, 800. <<< Baki saving saya dalam akaun ASB. Woww..3 tahun dah langsai SATU hutang!!.
Kemudian tahun ke-4, saya teruskan lagi meyimpan dan membayar hutang Degree saya. Rm165 yang digunakan untuk bayaran PTPTN Diploma saya simpan di ASB.
Dari tahun ke-empat sehingga tahun ke-Enam.
Baki bayaran PTPTN Degree adalah Rm22,040.
Jumlah dividen yang terkumpul adalah RM 23,400.
Saya bayar lunsum hutang PTPTN Degree saya 23,400-22,040= 1,360.
Dalam masa Enam tahun saya akan langsaikan hutang PTPTN saya dan ada baki saving lagi.
Kesimpulannya tidak perlu tunggu 15 tahun untuk membayar hutang PTPTN, cuma disiplin duit tu yang membuat kita berhutang lama. Renung-renungkan.
* Hutang PTPTN adalah hutang yang jahat,sama seperti loan kerata/personal loan/ kredit kad loan dll lebih baik kita langsaikan secepat mungkin bahkan kita akan dapat rebat jika bayar lunsum.
* Hutang yang baik adalah hutang rumah/ASB loan lain-lain hutang yang boleh mendatangkan keuntungan kepada kita.
Langsaikan hutang PTPTN lebih cepat dengan ASB loan.