Contoh: Katakan gaji bulanan saya rm2,000 bagaimana nak bahagikan duit? sikit sangat ni. kita guna kaedah peratus kan senang tu.
1. Duit yag kita bahagi kepada parents pembawa berkat dan penambah rezeki kita, jadi jangan rasa itu adalah satu beban bahkan anggap lah perkara ini tanggungjawab dan kewajiban kamu sebagai seorang anak tidak kisah laki atau wanita. INGAT ITU!!!
2. Bayar kos rumah yang kita mampu SAHAJA, jadi rumah yang kamu mampu beli adalah Rm 252k sahaja or less . Jika kamu tidak mempunyai rumah pula? dan duduk rumah sewa. katakan rumah sewa kamu rm 300/sebulan baki rm400 itu kamu simpan dalam ASB standby deposit untuk beli rumah kelak. Akan tetapi beli rumah mahal adalah berbaloi sebab ia akan jadi harta kekal.Anda faham?
3. Hah! bayaran kereta, ramai fresh grad berlumba-lumba nak beli kereta mahal lepas dapat kerja nanti, fikir sejenak. Kereta yang kamu beli mahal2 itu bukan boleh buat harta kekal pun pakai 5 tahun pun dah bosan dah dan boleh jadi besi buruk selepas 10 tahun. So belilah kereta yang kamu mampu sahaja. rm300/sebulan kamu boleh beli kereta berharga rm32k or less. Kalau tidak ada kereta lagi, simpan duit ini dalam ASB dulu. Ok?
4. Saving adalah sangat-sangat PENTING, bukan sekadar untuk diri kamu malah untuk orang-orang tersayang kamu, jadi simpanlah duit selagi kamu mampu untuk keperluan akan datang pada masa hadapan. Dimana nak simpan? Untuk Bumiputra simpan di ASB lah paling selamat dan berbaloi untuk long term, bagi yang non-Bumiputra pula simpan dalam AS1MALAYSIA banyak untung juga maaa.. bayangkan anda simpan rm300/sebulan, setahun 300x12=Rm3,600 simpan sampai pencen 3,600x 25 tahun bekerja=Rm90k....ok lah tu daripada tidak ada simpanan, itu pun belum kira dividen tahunan lagi. Or buat ASB loan lagi banyak untung !
5. Lastly, Berbelanja= makan+shopping+travel+enjoy semua pakai duit ini SAHAJA jangan sentuh duit lain nanti lari bajet. Rm500/sebulan tak kan lah setiap bulan shopping? tak kan lah setiap bulan travel kan? jadi baki duit yang anda guna itu simpan dalam Saving esok lusa emergency adalah duit itu.
Sekian itu sahaja untuk hari ini ilmu yang saya share, selamat beramal kawan2 : )