Sunday, 12 June 2016

Kalkulator PTPTN

Salam sejahtera kepada sahabat2 seperjuangan.

Disini  saya ingin kongsikan bagaimana PTPTN mengatur panduan jadual pembayaran balik peminjam.
>> klik disini  untuk kalkulatur PTPTN anda.
*Jadual ini tidak tepat 100%, mungkin ada perbezaan +- semasa pembayaran.

Jadual pembayaran untuk Diploma



Jadual pembayaran untuk Degree


Merujuk jadual diatas kita dapat lihat, pada tahun pertama pembayarannya sangat sedikit. Kita jangan terbubur nak bayar jumlah yang besar pada tahun pertama TETAPI guna duit selebihnya menjana keuntungan seperti berniaga atau melabur dalam ASB (paling selamat).

Jadi rakyat yang bijak. Selamat beramal.




Share/Bookmark

Sunday, 17 April 2016

Buat ASB loan 50k



Loan Amount: 50,000
Interest Rate: 5.2% per year (interest bank) 
Loan Term: 30 years 0 months (30 tahun) 


You will pay: 
 Monthly Payment: 274.56 
 Total Payment: 98,841.60 Total Interest: 48,841.60 
 Annual Payment: 3,294.72 

Ini table untuk bayaran bulanan dan baki loan kita.


Perkara yang perlu anda faham:
1. Bayaran tahunan RM 3,3294.72.
2. Purata dividen ASB selama 10 tahun lepas 7.45%.
Jadi angaran dividen setahun adalah Rm50,000x7.45%= Rm3,725
Untung bersih daripada loan kita adalah Rm3,725-3,294.72= Rm430.28
Bersama dengan Rm430.28/RM 3,294.72.= 13.06%<<<

* selamat mencuba hehe..

Share/Bookmark

Wednesday, 6 April 2016

Pilihan di tangan sendiri.


Andai kata seorang pekerja lepasan Ijazah Sarjana Muda, gaji basic Rm2,250 (belum ditambah elaun), bujang dan duduk rumah sewa.

Bagaimana dia hendak menggunakan gajinya sebaik mungkin?

Pilihan A
Rm250->bayar PTPTN
Rm650->bayar kereta
Rm250->sewa rumah
Rm250->FAMA (Father & Mother)
Baki=Rm850 (apa nak buat dengan baki duit ini?)
Rm 150-> insuran takaful.
Rm 200-> simpan
Rm 500-> belanja sebulan

Pilihan B
Rm 350->ASB loan
Rm 100->simpanan
Rm250-> bayar PTPTN
Rm 250->sewa rumah
Rm250-> FAMA
Rm150-> insuran takaful
(kereta beli 2nd hand cash)
Baki= Rm900(apa nak buat dengan baki duit ini?)
Rm 600-> belanja sebulan
Rm 150->tambah simpanan( hujung tahun pakai utk melancong)
Rm 150-> tambah belanja FAMA

Pilihan C
Rm400-> ASB loan(kumpul duit utk bayar hutang PTPTN dan beli rumah)
Rm100-> simpanan
Rm250-> bayar PTPTN
Rm250-> rumah sewa
Rm300-> FAMA
Rm150-> insuran takaful
(kereta beli 2nd hand cash)
Baki=Rm800 
Rm600-> belanja sebulan
Rm100-> kumpul duit utk melancong
Rm100-> Tambahan utk FAMA.

Anda pilih yang mana? atau anda ada pilihan yang lebih menarik utk dikongsikan?






Share/Bookmark

Saturday, 2 April 2016

Antara kekayaan dan kemiskinan.


Ada dua masalah di dunia yang selalu manusia hadapi.
1. Masalah duit terlalu sikit.
2. Masalah duit terlalu banyak.

Persoalannya yang mana yang anda nak?
Mari saya cerita sedikit fakta di Malaysia.

  • 60%~65% pasangan baru berkahwin 3~5 tahun bercerai sebab masalah kewangan.
  • 70% fresh grad yang baru bekerja diisytihar muflis.
  • Gaji besar tapi masih tak cukup. Gaji kecil lagi tak cukup.

  1. Orang bergaji besar tidak semestinya kaya.
Ada banyak contoh diluar sana yang kita sendiri dapat lihat. 
Saya bagi satu cth: Gaji cikgu A(cikgu lama) ini Rm5,000 sebulan dan cikgu B(cikgu baru) Rm2,500.




Jika cikgu A merasakan dirinya bergaji besar dan dia guna duitnya untuk bermewah kerana tidak mahu di pandang selekeh dan kurang simpanan maka cikgu A ini sangat rugi.

Disebaliknya cikgu B munggunakan duitnya sebaik mungkin dan memaximumkan simpanannya setiap bulan. Pada suatu hari nanti cikgu B ini akan lebih kaya dari cikgu A jika dia bijak menggunakan simpannya itu.







Share/Bookmark

Wednesday, 23 March 2016

Erti INFLASI yang menggurangkan kuasa beli mata wang




Kesan Inflasi:
  1. Penurunan dalam kuasa beli mata wang. (Apabila tingkat umum harga meningkat, setiap unit wang untuk membeli barangan dan perkhidmatan berkurangan) 
  2. Kesan negatif (kepada yang menyimpang wang: penurunan dalam kuasa beli wang) 
  3. Kesan positif (orang yang memiliki aset fizikal: seperti hartanah, saham dan lain-lain, mendapat manfaat daripada peningkatan harga/nilai pegangan mereka). 
  4. Individu atau institusi yang mempunyai aset tunai akan mengalami penurunan dalam kuasa beli tunai. 
  5. Peningkatan dalam tingkat harga (inflasi) menghakis nilai sebenar wang. 


Faktor Inflasi:

  1. Inflasi tolakan kos disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi ( jika kadar upah meningkat dengan tinggi maka kos pengeluaran akan meningkat) 
  2. Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. 
  3. Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: (Peningkatan harga di luar negara DAN Penurunan kadar pertukaran wang
  4. Jangkaan Pengguna (Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi.)

Sumber: Wikipedia dan rujukan BNM, 
Buku: Kajian Ekonomi dan Politik Ekonomi  

Share/Bookmark

Saturday, 19 March 2016

Langsaikan hutang PTPTN lebih cepat dengan ASB loan.


Kisah seorang penghutang PTPTN daripada Diploma sehingga Degree.

Semasa zaman pengajian Diploma dulu saya telah meminjam PTPTN sebanyak Rm15k dan Rm28k di peringkat Degree.

Kemungkinan ramai yang berpendapat saya akan membayar Rm43k selepas tamat pengajian. Tetapi tidak semurah itu.

Diploma saya telah mengambil masa selama 3 tahun untuk tamatkan pengajian. jadi disitu sudah ada 3% interest yang tidak dapat dielak.

  • Sebelum masuk ke Degree saya bekerja selama 2 tahun, interest PTPTN bertambah lagi 2%.
  • Dapat masuk belajar peringkat Degree saya perlu tamat dalam masa 4 tahun. Disini interest PTPTN Diploma meningkat lagi 4%.
  • Interest PTPTN sewaktu Diploma sahaja sudah 9% belum kira kos perkhidmatan PTPTN lagi. 
  • Tempoh untuk membayar PTPTN Diploma diberi selama 10 tahun a.k.a bertambah 10% lagi. So, 9%+10%=19%
  • Kiraan termasuk kos pentadbiran 18,000x10%=RM19,800. Bayar untuk 10 tahun sama dengan Rm19,800/120 bulan= Rm165


Degree saya pula pinjam Rm28k, selama 4 tahun baru habis belajar. 4% PTPTN. Bayar selama 15 tahun, jadi 15%. Jumlah interest adalah 19% juga.
  • Kiraan dia adalah termasuk kos pentadbiran Rm32,000x 15%=Rm36,800 bayar selama 15 tahun.
  • Bayaran untuk setiap bulan adalah dikira begini. Rm36,800/180 bulan= Rm 204.44~ genapkan jadi Rm 205.
Jumlah PTPTN yang perlu saya bayar adalah Rm 56,600. Bulanan bayar Rm 370 kepada PTPTN.

Kisah saya yang buat ASB loan pada 4 tahun yang lalu, kini sudah cecah Rm 28, 000. (10k masih dalam sistem , manakala 18k adalah hasil simpanan saya selama ini.)
Jika saya tambah buat ASB Loan Rm50k maka jumlah duit yg ada di ASB adalah Rm78k. 
Purata dividen ASB adalah 7.45% setahun. Jadi dengan duit 75k itu secara kasar saya akan dapat Rm 5,811 setahun.

Jumlah PTPTN semasa Diploma Rm19,800. Bulanan Rm 165. Setahun Rm1,980.
Jumlah PTPTN semasa Degree Rm 36,800. Bulanan Rm 205. Setahun Rm2,460.

Loan ASB 10k, bulanan Rm67, setahun Rm 804.
Lan ASB 50k, bulanan Rm 277, setahun Rm 3,324.
Jumlah bayaran ASB Rm 4, 128.
Dividen Rm5,811

                                                                              

Jika saya buat bayaran PTPTN selama 3 tahun.
Baki untuk pinjaman semasa Diploma tinggal 
Rm13,860.

Jumlah dividen yang terkumpul pula Rm 15,660.
Saya bayar lunsum pinjaman Diploma Rm15,660-Rm13,860=Rm 1, 800. <<< Baki saving saya dalam akaun ASB. Woww..3 tahun dah langsai SATU hutang!!.









Kemudian tahun ke-4, saya teruskan lagi meyimpan dan membayar hutang Degree saya. Rm165 yang digunakan untuk bayaran PTPTN Diploma saya simpan di ASB.

Dari tahun ke-empat sehingga tahun ke-Enam.
Baki bayaran PTPTN Degree adalah Rm22,040.
Jumlah dividen yang terkumpul adalah      RM 23,400.
Saya bayar lunsum hutang PTPTN Degree saya 23,400-22,040= 1,360.

Dalam masa Enam tahun saya akan langsaikan hutang PTPTN saya dan ada baki saving lagi.






Kesimpulannya tidak perlu tunggu 15 tahun untuk membayar hutang PTPTN, cuma disiplin duit tu yang membuat kita berhutang lama. Renung-renungkan.

* Hutang PTPTN adalah hutang yang jahat,sama seperti loan kerata/personal loan/ kredit kad loan dll lebih baik kita langsaikan secepat mungkin bahkan kita akan dapat rebat jika bayar lunsum.

* Hutang yang baik adalah hutang rumah/ASB loan lain-lain hutang yang boleh mendatangkan keuntungan kepada kita.





Share/Bookmark

Perbezaan Harga emas di kedai Poh Kong dengan Harga emas melalui ejen.





Salam hormat semua, 10 March 2016
☺*Petang tadi jalan2 di MidValley. Saje2 singah di poh kong tanya harga emas.


🔱 GoldBar bunga raya Rm213/g
*Spread value 11% (kalau tukar tunai)
Kalau trade in xda charge. (Poh kong-poh kong only)


🔱Barang kemas Rm195/g
*Spread value 25%-30%(kalau ade resit)
Kalau xde resit 35%-40% spread.
* trade in boleh tapi charge kat upah.


Goldbar yg bukan poh kong *Spread value 11%-13% (trade in)
* kalau nk tukar cash spread dia 20%-25%

Info ini khas kepada yang minat dengan emas.
Share/Bookmark